Harini aku nak release tension nak cerita pasal lain selain pelajaran
Ok uolls suggest la,takpelah meh akak cerita,pikir jap ok hakak dah dapat.Kita cerita pasal cinta la,cerita cinta hakak la takkan uolss pulak*senyum duckface
Utk pengetahuan semua,hakak tak pernah bercinta dan tak tahu lah atau mungkin takpelah sebab hakak pun tak tahu.Setiap kali perasaan tu datang mcm ada something halang dan seterusnya memang takkan terjadi apa apa,dibiarkan begitu sahaja mungkin terus halal couple mungkin*ceh hmm hahaha.Sebenarnya banyak faktor yang hakak fikirkan sebelum nak bercinta dan selalunya mmg tak jadi apa apa lepas tu.
Ok kita start with first factor
1.FIKIR DIRI TAK LAYAK
Ok ni memang faktor yg memang pertama hakak fikirkan sebab hakak boleh down terus kalau fikir pasal ni.Byk yang hakak fikirkan contohnya diri belum cukup sempurna ceh mungkin belum cukup cantik,takut dikecewakan,takut dia pi kat orang lain,lelaki ni bukan boleh percaya sggt,kang dah bagi 100% percaya or what people say love dia pi kat orang len hish tak kuasa hakak
2.JGN MENYIBUK
Yang ni pulak bab paling aku benci sekali,mestilah dia nanti sebok nak tahu pasal aku,apa yang aku nak buat paling senang cerita pasal life aku lah.To me,penyelesaian dalam bab ni ialah aku akan cerita something pasal hidup aku bila benda tu betul betul buat aku gembira, aku dengan happynya cerita dekat dia,jgn paksa dan memaksa sebab mana ada org suka buat benda yang dia tak suka so let the story come out with its own because there will be perfect story when someone wants tell you,trust me :)
3.KISAH DULU DULU
Even aku tak pernah bercinta tapi of course aku pernah minat someone.Dari minat someone tulah aku belajar macammne dia sebenarnya,cara dia,perangai dia,budi dia senang cerita everythinglah pasal dia.Kisah aku masa secondary school and then aku terminat someone sebenarnya at the first aku cuma main main je tak minat pun sekali main main tulah makan diri sendiri.Kalau aku lah yang rasa perasaan tu makan diri sendiri inikan pulak dia,sorry kawan.....Ok yang tu cerita paling deep antara yang lain,paling paling deep and still terasa kedeepannya sampai harini so memang sangat sangat lah deep.Cukup sampai di situ deepnya.Nanti ada masa aku cerita pasal tu.Ni dah panjang sangat merepeknya ni tapi 100% betul semuanya berpandukan my experience:)